
Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, ketakutan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu tersebut.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
-Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
Letakkan keutamaan
Selesaikan masalah satu persatu
Menangis
-Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa tapi terlebih pula
Ketawa
-Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar
Bersenam @ beriadah
-Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
Menyanyi, menari @ menjerit
Membuat diari
Berkongsi perasaan kepada teman yang terdekat
Meditasi @ bertakafur
Ukur Kemampuan
-Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung
Berusaha & bertawakal
Bersantai
-Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru
Berfikiran positif
-Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran
Berurut, Refleksologi Atau Akupuntur.
Berjumpa kepada yang pakar
- Kaunselor atau mana-mana pakar psikology yang dapat membantu
Amalkan sikap hidup gaya sihat
-Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang dan jaga pemakanan
Terima keadaan seadanya
-Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment