Monday, August 30, 2010

Esok 31 Ogos 2010 kita akan menyambut Hari yang paling bersejarah iaitu kemerdekaan. Penduduk Perlis yang berjumlah kira-kira 230,000 orang berbangga apabila negeri seluas 810 kilometer persegi ini telah dipilih sebagai lokasi pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september. Bagi sambutan kemuncak Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, esoknya sekitar 20,000 dijangka hadir bagi memeriahkannya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, intipati terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan ini.

No comments:

Post a Comment