Monday, July 19, 2010

Program Kepimpinan- Ketua-ketua muda 2010

Barisan guru-guru dan fasilitator yang banyak memberi sumbangan dalam menjayakan program ini.

PROGRAM 3HARI 2MALM DI SEK.KEB. TANJONG MALIM

Seramai 8 orang barisan fasilitator yang berjaya menggerakkan gerak kerja dari awal hingga akhir.Tahniah dan syabas diatas komitmen yang diberikan



Sesi pendaftaran peserta sewal pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang







Salah seorang peserta yang sering menjadi tumpuan fasilitator




Acara yang menyeronokkan tetapi memerlukan pemerhatian yang lebih. Silap sedikit buruk padahnya itu yang mampu dikatakan.

BELAJAR SECARA ‘PQRST’


Diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class”.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.

Bahan ini diterjemah dari:
Improving Reading In Every Class
Ditulis oleh: El Thomas dan Ha Rabinson

Saturday, July 17, 2010

TiDo oHH tidO...


nie la kelemahan aku suka tido...aku nekad aku mesti buang tabiat ni...Macamana???jom terjah!!!!

TIPS-TIPS KURANGKAN TIDO

1. Setkan dalam pemikiran bahawa tido hanya 6-8 jam jer sehari tak lebih dan tak kurang
2. Sibukan diri dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan bukannya statik
3. Makan benda yang mengunyah sambil tu boleh senaman mulut dan minum air yang tak mengantok la mcm susu tu tak boleh lagi mengantok
4. Tengok movie/ baca cerita yang kelakar sampai tak kering gusi
5. Pilih tempat yang terang, tak terlalu sejuk atau gelap dan senyap sunyi takda la nak berkhayal
6. Buat senaman ringan
7. Makan tidak terlalu banyak
8. Jauhkan diri dari katil, bantal, apa2 sahaja yang menjadi kawasan startegik untuk tido
9. Kalau dalam kelas tu tenaga pengajar tengah mengajar rasa mengantok ambik pen tulis apa-apa lagi baik tulis apa note penting yang dia ajar
10. Masuk bilik mandi, ambik air sembahyang, buat la sembahyang rakaat banyak sikit dapat gak pahala..


Aku rasa cukup la kot setakat ni, nanti ada masa aku buat kajian cari cara tersendiri plak..sapa nak try tu buat la..cayok!cayok!

Thursday, July 15, 2010

its me.....noorfaarzelin

haiii..salam perkenalan kepada semua...Ini merupakan kali pertama saya membuat blog...harap ada sapa-sapa yang ingin berkongsi maklumat, cerita atau apa2 pandangan boleh la membuatnya di blog ini...yang mana mahir berkaitan dengan blog tu saya harap ada yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menjadikan blog saya ini lebih menarik=)