Monday, August 30, 2010

Esok 31 Ogos 2010 kita akan menyambut Hari yang paling bersejarah iaitu kemerdekaan. Penduduk Perlis yang berjumlah kira-kira 230,000 orang berbangga apabila negeri seluas 810 kilometer persegi ini telah dipilih sebagai lokasi pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september. Bagi sambutan kemuncak Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, esoknya sekitar 20,000 dijangka hadir bagi memeriahkannya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, intipati terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan ini.

Saturday, August 21, 2010

PROGRAM DADAH DI PUSPEN (sem4)

Program ini merupakan suatu program yang telah lama aku idamkan sejak dibangku sekolah lagi...terima kasih kepada PN. SAMSIAH BINTI MOHD JAIS kerana mengadakan tugasan luar seperti ini. Kepada kwan2 yang memberikan komitmen yg baik sepanjang program ini berlangsung...thanks a lot.


Gerak kerja pertama dimulakan...meting,meting,meting



Falsafah keluarga di Puspen



Berbincang sesuatu sebelum program dijalankan







Kami pun kena kawad gak sebelum melawat Puspen







wajah-wajah keletihan




Sedikit penyampaian cenderahti kepada pihak puspen

Friday, August 13, 2010

Jangan bersedih (Laa Tahzan)


Tadi siang aku best sgt...mereng-mereng sikit...tapi dah byk gelak ketawa rupanya malam ni aku berduka rupanya.

Kadangkala aku bertanya sendiri, mengapa ada manusia yang laluan hidupnya mudah sangat. Aku tahu sebagai seorang Islam adalah berdosa aku mempunyai pemikiran seperti itu…tapi aku hanyalah manusia biasa. Bukannya nabi atau wali… Ya Allah, berputus asakah aku? ku pohon pada Mu Ya Allah jauhkanlah aku daripada sifat ini Ya Allah seperti mana engkau telah menjauhkan langgit dan bumi, menjarakkan siang dan malam maka jauhkanlah aku daripada perasaan berputus asa dari hati dan jiwaku ini. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Aku berfikir sendiri..

- apakah kurang usahaku?

-apakah doaku tidak tulus Ya Allah?

-adakah aku tidak mendapat redhaMu Ya Allah?

aku tidak sempurna seperti manusia selayaknya, aku juga merasakan aku begitu tidak berguna kerana sehingga sekarang aku masih belum mampu menunaikan tanggungjawabku pada kedua ibubapaku…

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan

Ya Allah redhakanlah hati aku di atas takdirmu ini

Ya Allah, Redhakanlah engkau ke atas hidupku

Ya Allah…Limpahkanlah aku rezeki yang melimpah ruah

Ya Allah. Berikanlah aku rezeki berupa iman

Ya Allah…Rezeki berupa ilmu, berupa harta, berupa cinta, berupa kasih…

Berikanlah aku kesempatan untuk aku menjadi tetamu Mu Ya Allah…

Sungguh aku tidak berdaya Ya Allah…Aminnnnnn

Dalam perjalanan hidup kita, pasti kita akan tempuhi onak dan duri, suka dan duka, tangis dan ketawa. Tapi sebenarnya, apakah kita faham ke mana hala-tuju perjalanan kita?

Thursday, August 12, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
kepada muslimin dan muslimat...Semoga ramdhan kali ini tidak dibiarkan pergi begitu sahaja...sama-samalah beramal dibulan yang mulia ini.

Friday, August 6, 2010

so tired =(


rasanya dah 5 hari aku tak dapat tido dengan sempurna.Letihnya badan, arini dalam sejarah aku bgun lewat p makmal...Alamak!dah kul9, aku ada makmal mati aku!huhuhu...niat tu mahu jer sambung tido tapi fkir balik ni hari pertama jumpa instruktor makmal, so tak kan nak ponteng plak.Bukan ni aku nk kongsikan kat cni tapi dari peristiwa tadi aku terfikir nk cari penyelesaian mcmn nk tangani keletihan yang amat sgt ni, so ni cara aku selepas aku kaji balik tadi:

APA NAK BUAT BILA LETIH?
1. MANDI BIAR CUCI BETUL2
gosok2 betul2, syampu lama ckit, cuci badan betul. Air dan
pancuran yang kuat dan sejuk

2. RELAKSKAN PEMIKIRAN
Walaupun banyak kerja, jgn kelam kabut nk buat, buat perancangan selesaikan satu
persatu...benda yang tak penting ketepikan dulu

3. IMAGINASI & TANAM MOTIVASI
kalau penat sangt imbau balik penat lelah parent kita atau sapa2 la yang lagi truk
bekerja, ingat kalu setakat keja sikit pun dah nk mengeluh, tengok plak orang yang
lagi truk bekerja.Jadi lebih kuat daripada mereka

4. GERAKAN ANGGOTA BADAN
Kalau dan betoi2 penat sgt la sampai nk tertido tapi nk truskan gak kerja, apa
kata sembang dengan kawan (tapi jgn lama sngt) ataupun gerak keluar bilik sekejap
sambil tu buat senaman ringkas (jgn berat plak, cnfirm pengsan trus)

5. TENGOK CRITE/DGR LAGU (HIBURAN)
Apa2 jela yang korang rasa ok...jgn cite sedih kalu bleh biar,la kelakar boleh
gak buat snman mulut...kalu sedih nnti lagi penat sb bermain dgn emosi

6. TIDUR LA SEKEJAP

7. MINUM AIR PEMBERI TENAGA