Monday, October 25, 2010

GENTLEKAN DIRI ANDA


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia
akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci kerana dia sentiasa menyedari,niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni kerana dia mengakui makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”! Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”Aku menjawab, “Ya, benar.”

Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

ADUHAI KAWANKU


Dah lama plak rasanya tak tulis kat blog ni...saja la tak tahu nk buat apa nk buat luahan hati ker???mcm tu la lebih kurag...aku bukan apa kdg2 aku tak faham la manusia ni, aku pun manusia gak tapi banyak sgt ragamnya. Ish apa aku melalut ni...muka dimah yang tah papa plak...

Senag citer mcmni la, aku ni ada la kawn tapi aku tak fhm la naper la kita ni terpaksa jd hipokrit sgt bila bersama dengan pakwe atau org tersyg..terutamannya pakwe la sb kawn aku ni pompuan. aku tak faham la, dh ang (loghat kedah) tak suka sesuatu perkara tu awat la ang ikut jer cakap pakwe ang tu jadi la diri ang..lagi aku geram dia tak pyh la tunjuk semua benda tu perfeck kalau ang bukan mcmtu...jadi la diri ang yg sebenar, kalau dia syg ang dia akan trima la ang dgn seadanya...Menyampah la aku kalu hipokrit ni...jd la diri yg sebenar sb aku tak suka tgk diri ang terseksa sbb terpaksa buat benda yg ang tak suka...insylh dia akan fhm ang kalau ang terus terg dgn ang

Aku dh puas nasihat ang, aku dh penat nk melayan ang dgn masalh yg sama n lepas ni kalu duk merungut lagi aku mls nk cakap apa dh ang baca la apa aku pos ni...aku malas nk ulang benda yg sama banyak kali...sbb ang sendiri yg buat masalah...kepada pembaca kat luar sana hampa pun jd lah diri hampa yg sendiri noh...jgn seksa diri hampa..syg tu syg gak tapi kalu tak mampu nk ubah serentak sekaligus terus terg dgn pasgan hampa dn ckp la hampa akn buat sedkit demi sedkit sb tak slh berubah kepada perkara kebaikan..insylh dia akan fhm..rasanya la...