Thursday, January 5, 2012

KELEBIHAN WANITA

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Monday, October 25, 2010

GENTLEKAN DIRI ANDA


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia
akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci kerana dia sentiasa menyedari,niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni kerana dia mengakui makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”! Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”Aku menjawab, “Ya, benar.”

Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

ADUHAI KAWANKU


Dah lama plak rasanya tak tulis kat blog ni...saja la tak tahu nk buat apa nk buat luahan hati ker???mcm tu la lebih kurag...aku bukan apa kdg2 aku tak faham la manusia ni, aku pun manusia gak tapi banyak sgt ragamnya. Ish apa aku melalut ni...muka dimah yang tah papa plak...

Senag citer mcmni la, aku ni ada la kawn tapi aku tak fhm la naper la kita ni terpaksa jd hipokrit sgt bila bersama dengan pakwe atau org tersyg..terutamannya pakwe la sb kawn aku ni pompuan. aku tak faham la, dh ang (loghat kedah) tak suka sesuatu perkara tu awat la ang ikut jer cakap pakwe ang tu jadi la diri ang..lagi aku geram dia tak pyh la tunjuk semua benda tu perfeck kalau ang bukan mcmtu...jadi la diri ang yg sebenar, kalau dia syg ang dia akan trima la ang dgn seadanya...Menyampah la aku kalu hipokrit ni...jd la diri yg sebenar sb aku tak suka tgk diri ang terseksa sbb terpaksa buat benda yg ang tak suka...insylh dia akan fhm ang kalau ang terus terg dgn ang

Aku dh puas nasihat ang, aku dh penat nk melayan ang dgn masalh yg sama n lepas ni kalu duk merungut lagi aku mls nk cakap apa dh ang baca la apa aku pos ni...aku malas nk ulang benda yg sama banyak kali...sbb ang sendiri yg buat masalah...kepada pembaca kat luar sana hampa pun jd lah diri hampa yg sendiri noh...jgn seksa diri hampa..syg tu syg gak tapi kalu tak mampu nk ubah serentak sekaligus terus terg dgn pasgan hampa dn ckp la hampa akn buat sedkit demi sedkit sb tak slh berubah kepada perkara kebaikan..insylh dia akan fhm..rasanya la...

Monday, September 6, 2010

KELEBIHAN BERPUASA

Hampir sebulan sudah kita mengerjakan ibarat puasa...Golongan wanita yang paling sibuk di saat akhir yang mana untuk menyiapkan kelengkapan menyambut hari lebaran yang tinggal beberapa hari lagi...Pelbagai kuih-muih, pakaian, kelengkapan rumah sememangnya menjadi topik perbualan di saat akhir ini..Lagu-lagu raya pula seduah kedengaran di mana saja kita berada. Bagi Si suami pula atau kaum lelaki pening memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Namun begitu di dalam kesibukan menyambut hari lebaran, ketahuilah kita bahawa kita bakal meninggalkan bulan yang penuh dengan kemulian ini. Tahukah kita selama sebulan kita berpuasa ini apakah kelebihan yang kita perolehi????Mari kita hayati btoi2:

1. MENGUATKAN JIWA

Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengendalikan hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh derajat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala do’anya dikabulkan oleh Allah Swt, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak do’a mereka: orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan do’a orang yang dizalimi (HR. Tirmidzi).

2. MENDIDIK KEINGINAN KEPADA KEBAIKAN

Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan keinginan nafsu. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baiknya. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan). Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

1. 3. MENYIHATKAN TUBUH BADAN

Pada saat-saat tertentu, tubuh badan kita terutamanya di bahagian penghadaman seharusnya diistirahatkan dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus diistirahatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibahagikan kepada tiga iaitu sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara. Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.

4. MENGENAL NILAI KENIKMATAN

Disinilah letak pentingnya ibadah puasa agar dapat mendidik kita untuk menyedari ketinggian nilai kenikmatan yang Allah berikan agar kita untuk menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan dari Allah meskipun dari segi jumlah sedikit dan kecil. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya, Allah berfirman yang ertinya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (QS 14:7).

5 . MENGINGAT DAN MERASAKAN PENDERITAAN ORANG LAIN

gMerasakan lapar dan haus juga memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain tanpa adanya kenikmatan yang kita perolehi ini. Melalui pengalaman lapar dan haus yang kita rasakan akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam sahaja, sementara penderitaan orang lain entah bila akan berakhir. Dari sini, semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa keinsafan kita kepada kaum muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini masih belum diatasi seperti penderitaan saudara-saudara kita seperti Iraq, Palestina, mahupun di negara kita sendiri dan sebagainya. Oleh itu, sebagai simbol dari rasa keinsafan itu sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat agar dapat mengurangi beban yang ditanggung oleh mereka.

6. MEMPERBANYAKKAN AMALAN

Seperti yang diketahui pada bulan ini juga kita digalakkan untuk beramal ibadah dengan melakukan pengisian yang memberi kita ganjaran yang besar daripada Allah SWT seperti sembahyang sunat Terawih, membaca al-quran, membuat kebaikan, perbanyakkan zikir2 dan sebagainya. Kita dijanjikan dengan malam Lailatulqadar yang meberikan kita suatu malam seribu bulan

Kegembiraan terhadap datangnya bulan Ramadhan harus kita tunjukkan dengan perkara-perkara yang berfaedah sebagai momentum untuk mentarbiyyah (mendidik) diri, keluarga dan masyarakat kearah pengukuhan atau pemantapan taqwa kepada Allah Swt, sesuatu yang memang amat kita perlukan agar meraih keberkatan dari Allah Swt

Sunday, September 5, 2010

MENJELANG KEMERDEKAAN

Kat cni nak berkongsi sikit apa yang aku buat dihujung minggu sebelum menyambut hari kemerdekaan yang lepas...Kalu korang boleh tengok gambar-gambar yang aku upload kat bawah ni, korang dah boleh tahu apa yang aku buat. Nie lah pengisian masa lapang aku...sebagai student memang la asgmen tu tak boleh dilupakan tapi dalam buzy2 tu kena jugak relaks kan minda dengan kerja-kerja yang berfaedah...tak mau la cakap panjang, jom nak bawak korang semua tengok.....

Hujung minggu dimulakan dengan kerjasama kawan-kawan, kitaorg plan nk celebrate brithday romate aku dgn kwn sekelas aku..dah kena tarikh yang sama so celebrate sekali la jimat ckit..huhuhu




Pastu kitorang letakkan tandatangan aku yang mahal tu untuk sokong yang 'save Gaza'...sebelum balik singgah jap gerai yang ada kat situ jwb kuiz soklan tentang Palestin tak sangka plak btoi dapat no3...k la tu


Pagi tu, terasa tangan ni gatai la plak mcm rasa nk buat sesuatu, so aku dengan Fara pun tolong JMK2 Khar tu memasak atau ayat mudahnya berSEWANG la...tapi tak lama pun sebab ramai sangat tak tahu nk buat apa, aku ajak Fara p buat benda len plak..



Nie la, aku tolong mengecat btol untuk mencipta Malaysia BOOK OF RECORD menggunakan botol terpakai bagi menyiapkan 1 MALAYSIA GERGASI..penat jugak la mengecat sampai habis tudung, baju, seluar kena cat...tapi semangat merdeka punya psai takda masalah lah.


Letih mengecat, kena jemur plak..bagi kering, panas bahang matahari tu tak payah nk kata..rasa macam nk buka jer posa pada hari itu tapi bila dah buat kerja ramai-ramai ni letih-letih pun seronok jer rasanya...



Akhirnya tiba ler time berbuka posa...nie lah masanya saat2 yang ditunggu..hehehehe..Semua ni masakan sewang tadilah tapi huhuhu sambil makan aku menangis bukan sebab terharu tapi mak oiiii pedassssssssss!!!!!!!!dh la aku tak tahan pedas ..kembung jer perut dengan air.tapi thnks dapat makan free arini =)




Malam tu plak 'MARI-MARI AIS BLENDED, MURAH2!' aku kena bertugas lor menjual untuk exco aku..Untung kitaorang ingat nk buat baju Rexco PRO ler





Nielah hasilnya, cantik kan botol ni disusun????semua pakat bekerjasama menyiapkannya...Tahniah dan syabas kat semua yang berjaya menyiapkannya seperti yang dijangkakan


Ada lagi sebenarnya, tapi tak sempat nk tagkap gambar nk tunjukkan(MCM RIAK LA PLAK) nk dikogsikan hehehee..apa pun aku nasihatkan kat korang yg kat luar sana, korg kalu stress sgt2 study korang jaganlah buat benda bukan2 bek korag buat benda yang berfaedah..terasa kepuasan tu memag menusuk kalbu la hehehe...nnti jumpa lagi bubye

Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, ketakutan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu tersebut.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Fahami punca stress

-Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Letakkan keutamaan

-Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.

Selesaikan masalah satu persatu

-Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai

Menangis

-Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa tapi terlebih pula

Ketawa

-Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar

Bersenam @ beriadah

-Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh

Menyanyi, menari @ menjerit

Membuat diari

Berkongsi perasaan kepada teman yang terdekat

Meditasi @ bertakafur

Ukur Kemampuan

-Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung

Berusaha & bertawakal

Bersantai

-Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru

Berfikiran positif

-Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran

Berurut, Refleksologi Atau Akupuntur.

Berjumpa kepada yang pakar

- Kaunselor atau mana-mana pakar psikology yang dapat membantu

Amalkan sikap hidup gaya sihat

-Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang dan jaga pemakanan

Terima keadaan seadanya

-Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.

Monday, August 30, 2010

Esok 31 Ogos 2010 kita akan menyambut Hari yang paling bersejarah iaitu kemerdekaan. Penduduk Perlis yang berjumlah kira-kira 230,000 orang berbangga apabila negeri seluas 810 kilometer persegi ini telah dipilih sebagai lokasi pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september. Bagi sambutan kemuncak Hari Kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos, esoknya sekitar 20,000 dijangka hadir bagi memeriahkannya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, intipati terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan ini.